Home Berita PAS Wilayah

Misi Bersama NGO, Azhar Care Diteruskan

1271
SHARE

 Oleh Hedzer Ibrahim

TITIWANGSA, Isnin – Team Sukarelawan PAS Zon Kg. Pandan bersama Team NGO Azhar Care telah menyampaikan sumbangan Bantuan Covid-19 kepada 20 penerima yang merupakan penghuni di PPR Laksamana pagi semalam.

Sumbangan merupakan barangan keperluan harian seperti beras, telur ayam, minyak masak, kicap dan susu pekat.

Untuk makluman umum, Azhar Care merupakan sebuah NGO kebajikan dan dakwah. Badan NGO ini menyumbang barangan yang merupakan produk muslim keluaran Saji, Bistari dan Syarikat Mudim. Manakala, telur ayam adalah hasil keluaran usahawan muslim.

Para penerima kali ini terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan OKU. Majoriti para penerima berterima kasih atas bantuan yang mereka diberikan kepada mereka.

Turut bersama dalam program ini ialah Hedzer Ibrahim, Ketua Zon Kg. Pandan, Pn.Syarifah Rashida, Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, En. Mohamad Bakhtar, Ustaz Azrin Zainudin dan Ustaz Khusaini dari Azhar Care, Pn. Aishah Wahab, Haji Mohd Shahir ,Pn Norafiza, Hjh Latipah, En Kamaluddin dan ramai lagi ahli PAS dari Zon Pandan.

Pertemuan ditutup dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Hj Hoslan Hussin, Ketua Urusan Antara Kaum Zon Kg. Pandan Titiwangsa.

PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lebih-lebih lagi untuk persiapan Syawal yg bakal tiba.

Misi sepanjang Ramadan ini juga lebih menarik. PAS Kawasan Titiwangsa berharap dapat meneruskan bantuan sepanjang PKPB ini. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Maybank:5640-9850-4101(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA). Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Yusoop (011-13373066) atau En. Hedzer (019-2708639).

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.