PAS SEPUTEH PRIHATIN KEBAJIKAN SETEMPAT
Oleh: Fathiah Malek
SEPUTEH: PAS Kawasan Seputeh terus komited membantu warga setempat yang memerlukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dalam fasa keempat.
Pada 5 Mei lalu, bantuan makanan kering dan beras telah diagihkan kepada penduduk warga Indonesia dan Bangladesh di sini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Seputeh, Tuan Haji Abu Bakar Sidek di Markas PAS Cawangan Taman Salak Jaya dan Markas PAS Kawasan Seputeh.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang perlu ditanggung oleh penerima”, ujarnya.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan ianya masih lagi dialu-alukan supaya lebih ramai penerima dapat dibantu pada masa akan datang.