Home Berita PAS Sabah

Bakul Ramadan: Rezeki buat golongan memerlukan di Kinabatangan

1063
SHARE

Oleh: Basith Samad
7 Mei 2020

KINABATANGAN : Seramai 170 golongan yang kesempitan termasuk ibu tunggal dan fakir miskin menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Program Bakul Ramadan yang dilaksanakan oleh PAS Kinabatangan, semalam.

Inisiatif dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kinabatangan ini dilaksanakan dengan kerjasama dua sayap utama parti, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kinabatangan yang juga melibatkan masyarakat tempatan.

Menurut Yang Dipertua PAS Kinabatanan, Innah Tuton, Bakul Ramadan ini adalah kesinambungan kepada program sumbangan kebajikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada mereka dan juga merupakan program tahunan setiap kali Ramadan tiba.

“Kami dapat terus konsisten dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dikawasan Kinabatangan ini adalah hasil daripada keperihatinan dan sumbangan orang ramai.”

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi mereka dalam keadaan rakyat perlu patuh kepada arahan PKP yang menyebabkan tidak dapat menjalani kehidupan rutin harian bekerja seperti biasa. Jadi, harapan kami sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.”

Beliau berkata sedemikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima dikawasan sekitar Pekan Bukit Garam, semalam.

Turut menerima sumbangan Bakul Ramadan semalam untuk fasa pertama ini mereka yang tinggal di Kg sinar jaya, Kg Nusa Jaya dan Kg Jaya Baru.

Fasa kedua pula akan diserahkan pada minggu hadapan melibatkan kawasan Sukau, Batu Puteh dan Paris.