PAS Blok 207 hargai penat lelah petugas kebajikan
Oleh: Dhiya’ Muttmainnah
4 Mei 2020
BATU : PAS Cawangan Blok 207 telah menyerahkan sumbangan kepada para petugas kebajikan di Flat Sentul Utama, semalam.
Penyerahan sumbangan yang ditaja oleh pemilik Nur Laman Bestari Ulu Yam, Datin Hajah Azizah itu diadakan di Surau At-Taqwa, Sentul Utama.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan adalah Zurina Din, Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Hashim Mohamed, Ketua Cawangan Blok 207, Shukhiri Kamis, Timbalan Ketua Cawangan PAS Blok 207 dan Haji Mohamed Ali, Pengerusi Surau At-Taqwa.
Lebih 23 buah keluarga telah menerima sumbangan ikan dan buah-buahan di mana keutamaan diberikan kepada ahli PAS yang telah bertugas menghantar bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tanda penghargaan turut disampaikan kepada pihak Surau At-Taqwa atas kesudian meyediakan tempat bagi program-program kebajikan sepanjang tempoh PKP.