Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Bomba, 4 Mei 2020

953
SHARE

Masyarakat di Malaysia amat beruntung memiliki anggota Bomba dan Penyelamat yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa. Tugas mereka berhadapan dengan pelbagai situasi dan risiko keselamatan yang tinggi serta melibatkan nyawa dan harta benda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan yang telah mereka curahkan untuk negara.

Sempena Hari Bomba Sedunia, PAS Kawasan Titiwangsa mendoakan kesejahteraan buat semua anggota bomba di Malaysia dan mengucapkan selamat menjalankan tugas untuk memastikan nyawa dan harta benda terpelihara daripada kebakaran.

Islam Memimpin Perpaduan

Bomba Tonggak Penyelamat Negara

Yang benar,

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
4 Mei 2020 | 11 Ramadan 1441H