Home Berita PAS Wilayah

PAS Seputeh Komited Bantu Masyarakat Sekitar

557
SHARE

PAS SEPUTEH KOMITED BANTU MASYARAKAT SEKITAR

Oleh: Fathiah Malek

SEPUTEH- PAS Kawasan Seputeh komited membantu masyarakat yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Seramai 25 keluarga telah menerima bantuan yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan keluarga yang terjejas berikutan PKP yang telah masuk fasa ke-3 minggu ini.

Sumbangan berupa makanan kering, lampin bayi, susu, makanan kesihatan dan sedikit wang tunai telah disampaikan oleh Yang Dipertua Kawasan Seputeh, Tuan Haji Abu Bakar Sidek.

Penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di beberapa lokasi iaitu Markas Cawangan Taman Salak Jaya, kedai runcit berhampiran serta rumah-rumah penerima.

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang perlu ditanggung oleh penerima”, ujar Tuan Haji Baker Sedek.

Beliau juga menzahirkan penghargaan serta berterima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan projek bantuan ini.