Home Berita PAS Wilayah

Perutusan Sempena Peristiwa Israk Mikraj Pengiktirafan Nabi Muhammad SAW Rasul Teragung

1067
SHARE

Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita bertemu pada satu tarikh besar peristiwa penganugerahan Allah SWT ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjemput kekasih-Nya bertemu di Sidratul Muntaha. Baginda melalui siri ujian getir dalam dakwah di Mekah, layanan penuh hina di Thaif ditambah luka kesedihan atas pemergian isteri tersayang dan bapa saudara yang sentiasa menyayangi.

Lantas peristiwa besar ini membenarkan tugas dakwah baginda, menyempurnakan risalah kenabian dan kerasulan sebelumnya hingga dicemburui para nabi yang lain bahawa umat Muhammad SAW yang paling ramai jumlahnya di syurga.

Para harakatul dakwah sekalian sematkanlah keyakinan ini untuk terus bekerja mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dalam aspek politik, ekonomi dan sosial kehidupan dan sentiasalah mengagungkan junjungan besar Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dank melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah Al-A’raaf : Ayat 157)

PAS Kawasan Wangsa Maju sentiasa beriltizam dan komited dengan semua pihak untuk memelihara perpaduan dan menghindari segala bentuk perpecahan. Bersama-sama Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional, Agensi Kerajaan, NGO serta Komuniti Masyarakat Setempat untuk menjayakan uasaha dakwah untuk semua.

Pada masa yang sama marilah kita menyahut dan membantu usaha kerajaan menangani wabak COVID -19 dengan iringan doa yang ikhlas dan tindakan yang sewajarnya untuk melihat kesejahteraan rakyat dan keharmonian terus terpelihara.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju