Selamat Bertugas, Jemaah Menteri Berintegriti.
PAS Kawasan Titiwangsa dengan penuh syukur, mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada semua pelantikan baharu Jemaah Menteri setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong pada hari ini.
Mudah-mudahan, dengan berpegang kepada Al-Quran & Sunnah, di bawah Jemaah Menteri yang baharu ini akan memberikan impak yang baik buat masyarakat Malaysia.
Kami menyokong penuh ayat Al-Quran yang menjadi rujukan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, berdasarkan surah Al-Qasas ayat 26:
قَالَتْ إِحْدَىٰهُمَا يَٰٓأَبَتِ ٱسْتَـْٔجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ
Yang bermaksud:
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita),*sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH*.”
Sirru a’la barokatillah.
Islam Memimpin Perpaduan.
HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa.
9 Mac 2020 |
14 Rajab 1441H