Home Uncategorized

PAS BERJAYA KE DUN SARAWAK, WAKIL SUARA ANAK MUDA

1282
SHARE

Dewan Pemuda PAS Sarawak bersedia memenangkan PAS di Dun Beting Maro pada PRN kali ini. Kejayaan DPPNS mengadakan pemukiman selama dua hari telah menghasilkan beberapa ketetapan dan resolusi halatuju juga perancangan Pemuda PAS Sarawak berhadapan PRN12.

Hasil kajian dan dapatan kami, peningkatan sokongan anak muda Beting Maro terhadap pengaruh PAS sangat signifikan dan menunjukkan graf peningkatan. Ia boleh di lihat hasil survey awam dan undian di media sosial setempat akan pengaruh dan kekuatan PAS pada PRN yang lepas.

Memandangkan undi teras PAS di Beting Maro pada PRN11 menunjukkan jumlah yang sangat baik iaitu sebanyak 3051 undi, manakala PBB-BN hanya memperoleh  majoriti kurang dari 1500 undi. Dengan landskap politik baru Sarawak, berkemungkinan besar PAS Sarawak boleh memenangi Dun Beting Maro dengan bergaya apabila PBB tidak lagi menggunakan BN selaku proksi sebaliknya menggunakan penjenamaan GPS. Umum sedia maklum, GPS masih baru dan kurang di kenali di kalangan pengundi  luar bandar khususnya Dun Beting Maro.

Keyakinan ini juga disandarkan dengan momentum kemenangan Muafakat Nasional PAS- BN dalam lima siri PRK lepas. Ia membuktikan kerjasama ini sangat baik untuk dibawa dan diterjemahkan dalam PRN12, terutamanya di Dun Beting Maro dengan ukuran kelebihan pengaruh BN yang masih tebal dikalangan pengundi lama. Kesempatan ini baik bagi PAS Sarawak dalam merencanakan strategik pilihanraya dengan melihat ‘status quo’ BN di Dun Beting Maro.

Bagi Pemuda PAS Sarawak, penentu kemenangan Dun Beting Maro adalah terletak kepada pengundi muda dan pengundi baru. Ini kerana, sikap berhati-hati serta tunggu dan lihat pada segmen pengundi ini sangat penting untuk diurus dengan “keep touching” dan memahami kehendak dan keperluan mereka. Oleh yang demikian, kami dengan ini bersedia meletakkan calon anak muda tempatan yang beribawa dengan memenuhi aspirasi pengundi, dan anak muda. Selain itu, kemampuan memberi khidmat yang terbaik dan menyuarakan masalah serta kepentingan penduduk setempat dalam DUN Sarawak kelak pasti terjamin.

Sejarah PAS bertanding di DUN Beting Maro membuktikan golongan anak muda sentiasa diberi tempat oleh PAS Sarawak. Kewibawaan anak muda dalam memimpin juga terserlah melalui barisan kepimpinan utama PAS Sarawak yang sebahagian besarnya terdiri dari anak muda yang berumur di bawah 40 tahun. Justeru, Pemuda PAS Sarawak mengajak pengundi baru dan anak muda Beting Maro untuk memilih PAS dalam PRN akan datang sekaligus memahat sejarah PAS dalam arena politik Sarawak.

HAMDAN BIN SANI
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK