SAMBUTAN TAHUN BARU CINA – PASTI SITI SARAH DIDIK PELAJAR MENGHORMATI JIRAN TETANGGA
Sempena dengan kedatangan Perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, PASTI Siti Sarah Bangi telah mengadakan satu program berkunjung dan menyantuni jiran tetangga terutamanya dari kalangan kaum Tionghua. Program ini melibatkan penyerahan saguhati berupa buah limau kepada jiran tetangga di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Menurut guru pengiring, ianya sebagai tanda ingatan daripada PASTI kepada jiran khususnya yang menyambut Tahun Baru Cina. Dalam masa yang sama untuk mendidik anak-anak sifat hormat menghormati dengan jiran walaupun daripada kaum atau agama yang berbeza.
Semoga dengan amalan ini, keharmonian dapat disuburkan di negara kita yang tercinta ini.