Home Berita PAS Pahang

Felda Jengka 19 naib johan pertandingan keceriaan Wilayah Jengka

887
SHARE
Ustaz Shahril sedang mendoakan kesembuhan seorang penduduk Jengka 19

BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA, 16 JANUARI: Felda Jengka 19 dinobatkan sebagai Naib Johan di dalam pertandingan keceriaan peringkat Wilayah Jengka anjuran FELDA Wilayah Jengka baru baru ini.

 

Serentak dengan itu, Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz telah memulakan jadual ziarah rutinnya ke tanah rancangan berkenaan bersama jentera PAS Cawangan yang diketuai oleh Solahuddin Mohd Rawi.

 

Program seawal jam 9 pagi itu bermula dengan berkumpul dan bersarapan pagi di Kedai Makan Pak Mat yang terkenal itu.

 

Dalam lawatannya, Ustaz Shahril telah melawat lima buah rumah seraya menghulurkan bantuan barangan dan wang tunai.

 

Turut hadir Ketua Pemudanya Muhammad Zahir Mat Yunos serta rombongan muslimat cawangan

 

 

Selepas itu Ustaz Shahril sempat melawat Ketua Kampung Felda Jengka 19, Kamil Ali yang terlantar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), yang mengalami masalah jantung.

 

Dalam pertandingan Keceriaan peringkat Wilayah Jengka anjuran FELDA Wilayah Jengka baru baru ini, johan telah dimenangi oleh Felda Jengka 12 di dalam Dun Pulau Tawar, Parlimen Jerantut.

 

Dalam pada itu, Ustaz Shahril berkata” “Pengurus Felda Jengka 19 En. Khairol Sauqid, seorang yang muda dan bertenaga sudah tentu mempunyai idea yang baik-baik  untuk memaju dan menceriakan kawasan dalam Jengka 19 ini”, katanya.

 

Beliau turut berharap agar Felda Jengka 19 bertambah diceriakannya lagi pada tahun hadapan setelah mendapat peruntukan naik taraf jalan di dalam tanah rancangan berkenaan.