Home Berita PAS Perak

Bolasepak Satukan Anak Muda Pelbagai Latar

548
SHARE

Bolasepak Satukan Anak Muda Pelbagai Latar


PADANG RENGAS: Komitmen PAS untuk menyatukan masyarakat Islam di Malaysia tidak pernah pudar khususnya dalam suasana Islam kini diserang kiri dan kanan oleh musuh-musuhnya.

Walaupun dalam suasana Ramadan, Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) Sauk dengan kerjasama Geng Muda Sauk telah mengambil inisiatif menganjurkan program Big Screen sempena perlawanan akhir Piala FA Arsenal menentang Chelsea pada awal pagi 28 Mei lalu.

Usaha kreatif dan berani itu berjaya mengumpul hampir 70 orang pemuda Sauk dan turut dihadiri oleh Dr Mohamad Azalan Radzi, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas dan Saudara Mohamad Helmi Affindi Ali, Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas.

Salah seorang penonton pada malam itu, Izzat, 29, dari Kampung Bendang Selinsing menyokong usaha seperti ini kerana menurut beliau ia satu usaha penyatuan anak muda dan dalam masa yang sama mengecilkan ruang perpecahan.

Untuk rekod, program Big Screen ini bukanlah program pertama seumpamanya di sini kerana program yang sama telah dianjurkan sempena Perak menentang Kedah pada saingan Piala FA Malaysia musim 2017 bagi pusingan ketiga 11 Mac yang lalu dengan kehadiran yang di luar jangkaan.

{jathumbnail off}