Home Berita PAS Wilayah

Ucapan Rasis : Siasat, Hukum Tuan Dan Boneka

806
SHARE

Kenyataan Media

UCAPAN RASIS : SIASAT, HUKUM TUAN DAN BONEKA

PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa bimbang dengan sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) berstatus Menteri yang bermodalkan ucapan berbaur hasutan bagi meraih undi.

Sedangkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama ini adalah lebih utama untuk dipelihara berbanding kemenangan satu kawasan pilihan raya.

Ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) yang juga Setiausaha Agung DAP pada 3 November lalu itu bukanlah pertama kali seperti itu. Sepatutnya beliau disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa dan Kerajaan sendiri.

Siasatan dan tindakan juga mesti dibuat ke atas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub selaku Timbalan Presiden PAN yang berucap di hadapan guru-guru di sebuah sekolah Cina di Tanjung Piai semalam yang bernada serupa dengan ucapan LGE.

Tetapi, tidaklah menghairankan sangat ucapan Salahuddin Ayub seperti itu, sebab memang boneka akan bergerak mengikut gerakan tuannya.

Justeru, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman negara wajib bertindak ke atas mereka yang memperjudikan keharmonian kaum.

Maka, dengan itu PAS Wilayah Persekutuan juga mengerahkan seluruh entiti di pelbagai peringkat dan dewan untuk membuat laporan polis di tempat masing-masing di atas perlanggaran akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

6 November 2019 bersamaan 9 Rabiulawwal 1441 | Rabu