Secara prinsipkan saya amat tidak bersetuju kempen memboikot oleh mana-mana kumpulan terhadap produk-produk Muslim mahupun Non Muslim. Pemboikotan sedemikian itu akan menimbulkan suasana perniagaan yang kurang sihat dalam negara.
Sungguhpun demikian, kita semua harus menghormati hak seseorang untuk membuat pilihan dan mengutamakan mana-mana yang boleh memberi keselesaan dan kepuasan mereka. Saya sangat memahami akan tanggungjawab masyarakat Muslim untuk memastikan produk-produk pilihan mereka itu suci dan halal serta mengikut keutamaan bagi memenuhi tuntutan agama itu sendiri. Saya berpandangan, adalah tiada masalah untuk Muslim memilih dan mengutamakan produk Muslim kerana itu hak mereka. Sewajarnya ia tidak dijadikan isu yang perlu diperbesarkan lagi.
Dato Deepakaran Karuppiah
Naib Ketua DHPP Pusat
Ketua DHPP Selangor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=108768253837674&id=107710177276815