SUNGAI PETANI: Demi memastikan operasi sekolah berjalan dengan lancar, SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor telah mengadakan Permukiman di Merdeka Beach Resort, di sini semalam.
Permukiman kali ini bertujuan untuk memperkasakan perlembagaan sekolah bagi mengatasi hal-hal yang berbangkit pada masa akan datang.
Antara perkara yang dibincangkan adalah lembaga tadbir, jemaah pengurusan sekolah, jemaah nazir, hal ehwal kakitangan sekolah dan hal ehwal kewangan.
Program permukiman berakhir dengan sesi pembentangan oleh setiap kumpulan untuk dimurnikan segala idea bagi memperkemaskan perlembagaan yang sedia ada.
Program yang dilangsungkan selama dua hari satu malam dihadiri oleh 11 orang jawatankuasa Ahli Lembaga Pengurusan SRITI Darul Hadis.