Oleh : Muhammad Salman Darwis
01 September 2019
SANDAKAN : PAS Kawasan Libaran dengan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Zulkifli Muhamad turun ke Kampung Kuala Gum – Gum, Batu 12 untuk bersama – sama dengan penduduk setempat dalam program PAS Bersama Rakyat semalam.
Program yang diajurkan oleh Lajnah Penerangan, IT dan Media Baru itu dimulakan dengan pertandingan bola tampar yang melibatkan 5 pasukan yang terdiri daripada golongan belia dan veteran serta satu pasukan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di situ.
Dalam majlis penutupan, Zulkifli sempat menerangkan sedikit sebanyak produk – produk yang PAS ada. Daripada aspek pendidikan, pembangunan belia, sehinggalah berkaitan kebajikan.
“PAS ini bukan sekadar parti politik semata – mata. Kita mempunyai banyak entiti yang siap sedia membantu rakyat sama ada melalui dewan pemuda mahupun muslimat.” Tambahnya lagi.
Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Libaran, Kamsah Osman berucap dengan menerangkan berkaitan kemerdekaan
“Merdeka itu bukan hanya sekadar bebas daripada penjajah, tetapi merdeka itu adalah kebebasan jiwa dengan mentaati apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya.” Kata Kamsah dengan penuh semangat.
Dalam majlis penutupan itu juga, Ketua Kampung Kuala Gum – Gum, Tuan Salleh mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Libaran atas penganjuran yang cukup meriah ini.
“Program hari ini sangat memberi makna kepada kami semua. Walaupun hanya sekadar perlawanan bola tampar, tapi program ini dalam membentuk belia yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung.” Katanya lagi.
Turut hadir dalam program tadi adalah Naib Yang Dipertua PAS Libaran, Nasruddin Lahapin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Libaran, Mohd Faizi Ismail serta beberapa orang exco Dewan Pemuda PAS Libaran.