Home Berita PAS Kedah

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan DPPNK (LEPU) anjur Kursus Usahawan

823
SHARE

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pembuatan Jus dan Kordial sempena Karnival Perpaduan Ummah di Sik jumaat lepas.

Program yang bertujuan melahirkan usahawan yang mampu mengeluarkan produk buatan Muslim bagi kegunaan semua lapisan masyarakat.

Kursus kali ini menekankan proses dan tatacara penghasilan jus termasuk kordial dari pelbagai jenis buah-buahan.

Seramai 40 orang telah mendaftarkan diri mengikuti kursus ini. Tenaga pengajar adalah dari kalangan para pengusaha yang telah berjaya menghasilkan pelbagai produk sebelum ini.

Pengerusi Lajnah, Sdr Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin memaklumkan bahawa program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan jangkaan akan dianjurkan di setiap kawasan.

“Memandangkan maklum balas yang kami terima serta permintaan dari para usahawan, in sha Allah LEPU akan meneruskan penganjuran kursus sebegini dengan yuran yang sangat minima.

Tujuan kita adalah melahirkan usahawan haraki yang boleh mengeluarkan produk serta kembali menyumbang kepada Ummah.

Bagi kami, kini tiba masanya kita mencari mereka yang bersedia untuk menjana ekonomi Ummah”.

Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Beliau dalam ucapannya mengharapkan agar para peserta dapat menyahut cabaran pada hari ini untuk mengeluarkan produk tersendiri.

Rata-rata peserta yang hadir ke kursus ini berpuas hati dengan kelas serta input yang diberikan dan bersemangat untuk menghasilkan produk keluaran muslim.