SERUAN HADIR KE HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH #HPU914.
Assalamu’alaikum Wmt Wbr.,
Perpaduan ummah yang digerakkan hasil dari taawun dua parti politik Islam/Melayu yang tersebar dalam negara; iaitu Umno dan PAS bakal diperteguhkan secara rasmi pada 14 September 2019 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam Himpunan Perpaduan Ummah itu nanti, piagam kerjasama antara PAS dan Umno akan ditandatangani oleh kedua-dua parti. Ia bakal menjadi peristiwa besar dalam catatan sejarah negara.
Sehubungan itu, kami menyeru seluruh ahli-ahli kedua-dua parti dari Negeri Kedah supaya turut hadir untuk menyaksikan peristiwa penting yang akan dibuat; demi masa hadapan ummah serta negara Malaysia yang kita cintai.
Berbanggalah untuk hadir sebagai peserta Himpunan Perpaduan Ummah; sebuah peristiwa besar yang selayaknya dicatatkan oleh tinta emas.
Selamat menghadiri #HPU914.
“Allahu Akbar”
Ustaz Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah.
Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom
Pengerusi
Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
1 September 2019
1 Muharram 1441h