“Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik”, Surah Al-Kahfi, Ayat 30
Alhamdulillah, 62 tahun yang lalu Malaysia telah mencapai merdeka daripada penjajah dengan usaha para pejuang kemerdekaan kita.
31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang tertanam di hati setiap rakyat Malaysia, nikmat kemerdekaan begitu dihargai bagi mereka yang bergelar Anak Malaysia.
Walaubagaimanapun, kemerdekaan yang dikecapi haruslah meliputi keseluruhan kehidupan bagi kita yang semua dan Islam adalah penyelesaiannya.
Penjajahan dari segi pemikiran, haruslah bersandarkan Al-Quran dan Hadis yang merupakan petunjuk yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita dengan memanfaatkan teknologi yang ada beserta sifat positif dan sentiasa mengamalkan budaya Politik Matang Dan Sejahtera.
Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 kepada seluruh Rakyat Sandakan dan Malaysia amnya.
Teruslah menjaga hubungan perpaduan sesama kita tidak mengira kaum dan bangsa. Mudah-mudahan kita sentiasa diredhai oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN
Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya I
PAS Negeri Sabah.