Oleh : Anna Tan
TAWAU 27 Ogos ~ PAS Kawasan Tawau menyampaikan sumbangan RM4000 kepada mangsa kebakaran Kg Otentik, Tg Batu, petang tadi.
Yang DiPertuanya Tuan Mohamad Husain berkata, bantuan itu bagi memenuhi keperluan asas dan mendesak 107 keluarga yang kehilangan rumah akibat musnah dijilat api malam tadi.
Katanya, sumbangan berkenaan bagi meringankan beban mangsa yang terdiri daripada warga emas, wanita , kanak-kanak, bayi dan lelaki.
“PAS Tawau telah melancarkan kutipan sumbangan dan sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh terus berhubung dengan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKP) PAS Tawau.
” Terdapat beberapa orang ahli PAS Kawasan Tawau dan keluarga pelajar PASTI, rumah mereka turut terbakar,” Katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Nurul Huda , Cikgu Nasir Che Ali sebagai wakil untuk mengagihkan sumbangan tersebut kepada para mangsa.
Turut hadir , Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau ,Ustaz Mohd Riduwan Sirajuddin.