Oleh : Abu Maryam Safiyyah
26 Ogos 2019
Ketika Nabi berjaya membuka kota Mekah dengan Fathul Mubiin (Kemenangan Yang Nyata). Bersaksilah alam dunia ini dengan berbondongnya manusia memasuki ajaran Islam. Abu Sufyan tercengang kaget melihat suasana yang menggugat ini di dalam masa yang sama kekuatan musyrikin sudah boleh dicabar dengan Izzah Islam yang gagah perkasa. Dia tersentak dan saat itu jugalah dia merasakan inilah peluang terbaik untuk menghadap Rasulullah isyhtiharkan diri dan ittiba’ agama Islam.
Di dalam perjalanan menuju khemah Rasululullah dia sempat menemui Al Abbas (paman Rasulullah) dan Al Abbas mengiringinya menuju Nabi. Tidak berapa lama mereka berjalan bertemu dengan Al Farouk Saidina Umar RA dan Saidina Umar lantas mengancam untuk memenggal kepala Abu Sufyan bila mengenangkan jenayah Abu Sufyan kepad Islam. Al Abbas menahan tindakan Umar kerana dia datang dengan niat serah diri kepada Islam tanpa sebarang senjata. Beliau berjaya menghadap Nabi dan berserah sebulatnya serta mengucap kalimah syahadah. Nabi menghamparkan seluasnya dunia ini untuk dia bersama dengan Islam tanpa melantak dia dengan senjata akibat jenayah menentang Islam yang dilakukan sebelumny termasuk tidak mengungkit langsung dengan kata-kata.
Begitulah akhlak dalam perjuangan. Siapa pun mereka termasuk UMNO sekalipun jika mereka mahukan Islam, kita belajarlah akhlak Rasulullah dalam mendepani arus ini. Walaupun Saidina Umar pada awalnya marah tetapi akhirnya beliau tetap menerima Islamnya Abu Sufyan. Siapa kita kalau dibandingkan garang kita dengan Saidina Umar. Ada cara Allah tadbir untuk menyentap hati-hati manusia supaya hati boleh ditegur untuk menghadap Islam kembali. Yang penting Islam di atas segalanya.
#Islam Memimpin Perpaduan
#Demi Islam
Pemuda Islam
Kunak, Sabah.