Home Berita PAS Selangor

SUKAN | Pahang Hasrat Benamkan Selangor

531
SHARE

 

Kota Bharu 24 Ogos – Kejohanan Sukan SRITI Kebangsaan hari ini masuk hari terakhir bagi menentukan siapakah johan acara dan juara keseluruhan.

SRITI Pahang menyimpan hasrat membenamkan Selangor yang dilihat sebagai lawan yang agak seimbang di setiap posisi sukan.

Ketua kontijen Pahang, Muhammad Saufi Firdaus berkata, Kami tetap akan menumbangkan Selangor walaupun pasukan bolasepak kami gagal mara ke peringkat separuh akhir, kata beliau.

Pahang yang hadir dengan 55 pelajar dan 12 guru pengiring hadir ke kelantan.

Kejohanan Sukan Sriti peringkat Kebangsaan ini akan melabuhkan tirainya hari ini di Institut Pendidikan Guru, Pengkalan Chepa.