Home Berita PAS Sabah

PAS-Umno Kalabakan agih bantuan segera mangsa banjir

631
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
21 Ogos 2019

KALABAKAN : PAS dan Umno Kalabakan mengambil langkah segera mengagihkan 100 bungkus nasi lalap dan air mineral sebagai bantuan awal kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Putih, Tawau tengahari semalam.

Banjir kilat melanda beberapa kawasan sekitar Tawau disebabkan hujan lebat yang berterusan daripada Isnin malam sehingga tengahari selasa dan Kampung Pasir Putih merupakan salah satu kawasan yang terjejas teruk.

Bekalan air dan elektrik terputus sejak pagi menyebabkan ada penduduk kampung yang kelaparan dan tidak dapat sumber air bersih. Proses pengagihan makanan ini di laksanakan sejurus selepas air surut.

Yang DiPertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah berkata makanan dan minuman ini hasil kutipan derma kilat yang dilancarkan oleh ahli PAS dan Umno seawal pagi semalam.

“Akan ada bantuan susulan yang kita akan laksanakan lagi bagi meringankan beban mangsa banjir.” Ujar beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah.

Pimpinan PAS Kalabakan yang turut hadir melakukan pengagihan adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Norjanah Jam Jam. Manakala pimpinan UMNO yang hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, David Udin dan Rupina Paty.

“Kami barisan pimpinan PAS dan Umno mengharapkan agar semua mangsa banjir di kawasan Tawau bersabar atas musibah yang melanda.” Kata Naib Yang DiPertua PAS Kalabakan Usman Madeaming kepada pemberita sebelum bersurai.