Home Berita PAS Sabah

Ziarah Sekeluarga 27 Orang Anak

605
SHARE

Oleh : Nur Izzati Yusof
15 Ogos 2019

SANDAKAN – Pada 13 Ogos 2019, selasa yang lalu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah menziarahi Nona Binti Imbang, 54 tahun bersama 23 orang anak angkatnya di Kampung Hidayat Batu 4 Tawau.

Suami kepada Nona, Obban Bin Sampoga berusia 57 tahun telah hampir setahun terlantar sakit akibat strok separuh badan. Beliau turut mempunyai seorang anak yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Nona yang hanya bekerja berniaga sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menampung perbelanjaan seluruh ahli keluarganya yang besar termasuk 4 orang kandungnya.

Atas keprihatinan terhadap keluarga ini, sumbangan kewangan dan makanan telah diberikan kepada Nona bagi meringankan beban keperluan harian beliau melalui LKK DMPK Tawau.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Siti Arfah Asrisal dan Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Suheamy Yusril.