SITI NORANIAH ABD RAHMAN 04 AUGUST 2019
BANGI: PAS Cawangan Teras Jernang meneruskan program Ziarah Cakna PAS dengan melawat Ketua Umno Cawangan Teras Jernang, Hadi Joned di rumahnya, di sini semalam.
Sesi ziarah kali ini telah dipimpin sendiri Ketua PAS Teras Jernang, Ustaz Solah Abdullah bersama beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan.
Hadi, 60, disahkan mengidap sakit jantung, namun ziarah itu menjadi ke sempatannya bertukar pandangan berkenaan suasana politik tanah air terutama mengenai ta’awun PAS-Umno.
Rombongan PAS juga sempat menziarahi Aduka Hashim, 60, bekas Naib Ketua PAS Teras Jernang yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Program berkala ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim disamping menghargai jasa dan pengorbanan tokoh setempat dalam membangunkan masyarakat dan memartabatkan Islam keseluruhannya.