Home Berita PAS Kedah

Isu Premis Judi Pokok Sena,Terima Kasih Datuk Bandar Alor Setar

1405
SHARE

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad dan seluruh kakitangan Malis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana sudi menerima kunjungan rombongan daripada YB Ustaz Salim Mahmood ADUN Bukit Lada, Syeikh Radhi Abd Rahman Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah,Ustaz Nurul Amin Bin Hamid Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah,Tn Haji Radhi Md Din Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena untuk memorandum bantahan pembukaan premis judi Sport Toto Taman Angsana Parlimen Pokok Sena.

Pertemuan penuh harmoni dan mahabbah demi Islam itu melambangkan simbolik bernilai tinggi antara sebuah parti politik dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegasan Datuk Bandar dalam membatalkan segera lesen pemindahan premis judi tersebut wajar dipuji semua pihak kerana menunjukkan pertimbangan semula yang diambil oleh pihak beliau mengambil kira kepentingan umat Islam setempat yang terlibat.

Suara umat Islam yang bersatu membantah pembukaan premis judi tersebut adalah sesuatu yang perlu diketengahkan secara konsisten agar sensitiviti umat terhadap ancaman yang timbul sentiasa hidup dan bernyawa.

Kekesalan terpaksa dizahirkan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena ,Dato’ Mahfuz Omar yang secara terbuka menyalahkan pihak Polis dan MBAS dalam kelulusan kedai judi tersebut, sewajarnya beliau bersikap professional dan matang melalui saluran diplomasi yang betul dalam menyelesaikan isu ini.

Semoga dengan pertemuaan atas nama kepentingan Islam ini akan mengundang rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.