KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
28 Julai 2019 |
TAHNIAH PASUKAN KEDAH, JUARA PIALA FA SIMBOL PERJUANGAN
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan setinggi tahniah buat pasukan Helang Merah yang telah berjaya membawa pulang piala FA ke bumi jelapang padi selepas menewaskan pasukan Seladang dalam pentas Final piala FA berkesudahan Kedah menang 1-0, sekaligus melayakkan Kedah ke Liga Juara-Juara Asia (ACL).
2. Kemenangan ini cukup berharga buat rakyat Kedah dalam melonjakan Kedah sebagai pasukan pilihan apabila pernah meraih gelaran juara pada 1996, 2007, 2008 dan 2017.
3. Kedah persis padi yang makin berisi semakin menunduk,walaupun berhadapan dengan perang psikologi yang dahsyat, tetapi pasukan Kedah sentiasa bersikap merendahkan diri namun berani, bersemangat waja dan pantang kalah ketika di pertarungan akhir.
4. Semangat juang yang tinggi ditunjukan oleh pasukan Kedah memperoleh kemenangan disaat-saat akhir perlawanan sangat memberikan inspirasi terutama kepada anak muda.
5. Semoga dengan kejuaraan kali ini dapat melonjakkan lagi Kedah ke persada dunia dan terus menempa kejayaan pada masa akan datang.
6. Terima kasih buat semua 15 Dewan Pemuda PAS Kawasan dalam negeri Kedah yang telah menyiarkan tayangan “Big Screen” perlawanan akhir piala FA di 28 lokasi seluruh parlimen dalam negeri Kedah sebagai tanda sokongan padu kepada pasukan Kedah.
“DEMI ISLAM”
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
Yang Benar,
Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah