Home Berita PAS Sabah

UPAYA Pas Tawau rai OKU dan keluarga dengan Iftar Jamaie

1218
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU, 27 Mei – Unit Pengupayaan OKU ( UPAYA ) PAS Kawasan Tawau meraikan
warga OKU berserta keluarga mereka pada majlis Iftar Jamaie di sebuah restoran di bandar Bazhong, di sini .

Majlis yang diadakan pada petang Sabtu, 25 Mei itu dihadiri
lebih 100 tetamu termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tawau dan Unit Pengupayaan OKU (UPAYA).

Pada majlis berkenaan, pengerusi UPAYA PAS Tawau, Ustaz Rosli Hasan telah memberikan ucapan kepada hadirin yang terdiri daripada OKU , ibubapa OKU dan pengiring OKU.

Dalam ucapan beliau meminta agar ahli keluarga yang mempunyai keluarga OKU agar tidak berasa terpencil, tidak berasa bersendirian dan tidak berasa tidak dipedulikan.

Ini kerana menurut beliau jemaah Parti Islam Se Malaysia (PAS) mempunyai satu entiti yang dikenali sebagai Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) yang akan bersama-sama menyantuni golongan istimewa ini.

Ustaz Rosli menerangkan, selain jamuan dan sumbangan , UPAYA juga menyediakan kelas Kafa OKU, kelas pengajian al quran braille dan kelas jahitan kepada para OKU.

” Terbaru , kita telah menyampaikan surat permohonan kepada Pengarah Perpustakaan Wilayah Tawau agar diwujudkan satu ruang untuk bahan bacaan braille untuk kegunaan OKU penglihatan.

” dan pihak perpustakaan wilayah Tawau menerima idea ini dengan baik”.

Sebelum waktu berbuka para hadirin telah dihidangkan santapan rohani oleh Dr Munzier Mahmud dengan tazkirah yang bertajuk ” Bulan Ramadan,Bulan Sayyidul Shuhur”.

Turut hadir sama meraikan OKU dan ahli keluarga mereka adalah Tuan Mohamad Husain ,AJK Pas Pusat merangkap YDP Pas Kawasan Tawau beserta beberapa ahli Jawatankuasa PAS Tawau