Oleh: Asrifah Robinson
27 Mei 2019
SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna mengagihkan lebih 400 bubur lambuk kepada masyarakat di Pekan Semporna, dan kawasan sekitar semalam.
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Semporna, Razis Asparin berkata agihan merupakan kesinambungan Program Kasihmu Ramadan yang diadakan oleh Pemuda PAS Semporna sejak dari awal Ramadan lagi.
“Agihan ini merupakan aktiviti lanjutan daripada Program Kasihmu Ramadan anjuran Pemuda PAS Semporna serta bertujuan untuk mendekati masyarakat bahawa adanya PAS di Semporna ini,” Jelas Razis.
Tambahnya lagi, kerja memasak bubur lambuk ini telah dimulakan seawal pukul 8.00 pagi oleh lebih kurang 20 orang petugas bagi menjayakan agihan kali ini.
Hadir sama agihan ini adalah Huzaini Rohani, Ketua Pemuda PAS Semporna dan Shahril Shazwan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Semporna.