Home Berita PAS Pulau Pinang

ACR jelajah Pmtg Pauh santuni golongan asnaf

517
SHARE
PERMATANG PAUH: Ameerah Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan program ‘Ameerah Charity Ride’ (ACR) meliputi ketiga-tiga Dun dalam Parlimen itu, di sini semalam.
Acara tahunan setiap Ramadan ini bertujuan menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kehidupan mereka.
Masing-masing penerima dalam kalangan asnaf dari Dun Permatang Pasir, Dun Penanti dan Dun Seberang Jaya menerima pemberian berupa keperluan asas dan barangan dapur.
Hampir semua mereka terdiri daripada golongan muda dalam kalangan keluarga miskin, ibu tunggal, anak yatim, Orang Kelainan Upaya dan tidak ketinggalan juga warga emas.
Jelajah ACR ini terdahulu mengikuti majlis perasmian yang disempurnakan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan di Masjid Kubang Semang, awal pagi itu.
Turut berucap pada majlis itu sebelum pelancaran dan pelepasan konvoi ini adalah Ketua Muslimat dan Ketua Ameerah Permatang Pauh, Ustazah Norhapiza Saad dan Musfirah Mokhtar.
Menurut Norhapiza, masih terdapat ramai insan-insan diuji yang memerlukan perhatian dan kasih sayang serta perhatian menerusi inisiatif sebagaimana digerakkan melalui ACR ini.
Turut sama menjayakan konvoi sehari ini adalah Jabatan Amal Pemuda dan Jabatan Pilihan Raya Muslimat serta Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Permatang Pauh.