Home Berita PAS Sabah

Bubur lambuk PAS Kinabatangan mendapat sambutan masyarakat

747
SHARE

Oleh: Basith Abdul Samad
18 Mei 2019

KINABATANGAN: Edaran bubur lambuk kepada warga Kinabatangan merupakan antara program tradisi PAS Kinabatangan yang dilakukan setiap tahun dalam bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun ke 5 diadakan secara berturut-turut.

Bermula seawal jam 8.00 pagi lagi persiapan bahan memasak bubur lambuk disediakan sehingga mula diedar pada jam 4.00 petang itu, selesai habis diedar ditempat sasaran tepat jam 4.45 petang.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kinabatangan itu mensasarkan orang awam di bazar Ramadhan, pasar awam dan masyarakat kurang berkemampuan di Taman Pelangi.

Menurut Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Innah Tuton yang juga terlibat mengedar bubur lambuk, program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan PAS disamping memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

gaji

Beliau turut berkongsi kegembiraan kerana dengan program ini dapat membantu lebih ramai yang memerlukan malah kebanyakkan penerima juga meluahkan kesyukuran dan terima kasih atas usaha PAS Kinabatangan.

Turut bersama menjayakan program ini, Penyelaras Dun Kuamut, Jumaidin Lakalla, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kinabatangan, Lias Titing dan barisan Ahli Jawatankuasa PAS Kinabatangan yang lain.