Oleh : Nidah Adam
13 Mei 2019
SEMPORNA : Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, PAS Semporna telah mengadakan program Edar Takwim Ramadan dan Kurma kepada masyarakat setempat semalam.
Program yang diadakan di Bazar Taman Sempaul, Semporna itu merupakan program kerjasama dengan Pemuda PAS Semporna dan Muslimat PAS Semporna.
Aktiviti ini merupakan salah satu daripada program Kasihmu Ramadan yang telah disusun oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Semporna.
Ia bagi memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan pimpinan PAS Kawasan dan juga masyarakat setempat.
Program telah dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Semporna, Aizal Samsaruddin disamping Ketua Muslimat PAS Semporna, Nusaibah Khairun serta Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohani.