Home Kenyataan Media PAS Selangor

SELAMAT MENYABUT RAMADHAN – Ketua Dewan Ulama PAS Selangor

1286
SHARE

SELAMAT MENYABUT RAMADHAN

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah – 183)

Hanya beberape jam sahaja lagi kita sama2 akan menyambut bulan Ramadhan Al mubarak yg penuh dgn mulia , keberkatan , kurniaan dan keampunan dr Allah swt

Semoga kita sama2 dapat menjadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yg sgt bermakna dlm hidup kita kerana kita belum tahu samaada kita sempat untk menghabiskan ramadhan pada tahun ini atau kita akan berjumpa dengannya pd tahun hadapan .

Oleh itu kita perlukan persediaan yg terbaik utk menyambut bulan yg sgt mulia ini

Antara persedian penting ialah ILMU .

Ilmu adalah perkara penting dlm melakukan sesuatu ibadah supaya ibadah yg dilakukan itu menjadi lebih sempurna dan terbaik . Utk menambahkan semangat dlm beribadah dgn kita mengetahui tentang kelebihanya , keuntungannya serta kebaikkannya disisi Allah swt . Maka semua itu perlu kepada ilmu .

Yang kedua ialah Perancangan .

Perancangan utk melakukan ibadah2 sunat antaranya , baca quran , bersedekah , Solat tahajjud , Solat Dhuha , baykkan berdoa dan sebangainya ..
Contohnya , Dalam bulan ramadhan kali ni berapa kali kita nak khatam bacaan Al quran. Kalau kita nak sekali khatam maka kita kena baca setiap lps solat sebanyak 2 helai bersamaan 4 muka surat . Ini contoh kiraan dlm perancangan utk.khatam bacaan Al Quran dan begitu juga dengan amalan2 lain . Supaya apa yg nak dilakukan ianya lebih tersusun utk mendapatkan hasil yg lebih berkesan.

Yang ke tiga DOA

Banyakkan berdoa semoga Allah swt berikan kpd kita kekuatan dan kesihatan utk melalui ujian dlm bulan ramadhan kali ini juga supaya kita dapat menjalani puasa dgn lebih baik dari sudut kesihatannya . Kita juga perlu berdoa semoga Allah swt mengurniakan kepada kita keikhlasan dan kemudahan bg menyelesaikan tanggungjawab dalam menjalani ibadah yg mulia ini .

Saya memohon doa kehadrat Allah swt semoga kita semua dikurniakan natijah puasa yg terbaik dangan memperolehi TAQWA disisi Allah swt .

Ramadhan Karim

UST RIZUAN RAHMAT
KDU PAS SELANGOR