Home Berita PAS Sabah

PBS yakin cipta kejutan di PRK Sandakan.

2020
SHARE

Oleh : Laila Ismail
5 Mei 2019

SANDAKAN : PBS yakin cipta kejutan di PRK Sandakan berdasarkan peningkatan sokongan dan ‘mood’ rakyat untuk melakukan perubahan.

Ia dilonjakkan lagi dengan kerjasama serta sokongan daripada PAS, UMNO dan beberapa parti tempatan lain yang banyak membantu kearah kemenangan calon PBS.

Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun dalam satu ceramah bersama masyarakat di Taman Indah Jaya, dekat sini petang tadi.

Tambahnya, beliau yakin dengan kerjasama antara parti pembangkang ini yang berada pada peringkat awal akan membawa kepada kerjasama yang lebih besar pada masa akan datang khususnya untuk menawan Sabah dan Malaysia amnya pada PRU15 kelak.

“Kita sudah menang 3 – 0 di Semenanjung (Malaysia), dan kita akan buktikan kemenangan 4 – 0 di parlimen ini pada 11 Mei nanti,” ujar beliau.

Sementara itu, berucap dalam majlis yang sama, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid turut berkeyakinan dengan adanya kerjasama yang baik antara PBS, PAS, UMNO dan beberapa parti lain mampu menewaskan calon DAP.

“Kerjasama dalam PRK ini merupakan isyarat penting kepada rakyat bahawa PBS tidak bersendirian untuk memenangi pilihanraya ini yang didokong oleh rakan parti pembangkang lain,” jelas Sahar.

Ujarnya, kegagalan DAP dan PH dalam menunaikan janji manifesto di peringkat persekutuan dan negeri membawa kepada penolakan rakyat kepada mereka termasuk di Parlimen Sandakan ini.