Tabung Haji di bawah pentadbiran PH sedang undur beberapa langkah ke belakang. Usah diungkit subsidi haji yang semakin meningkat kerana TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam menunaikan haji menerusi tabungan bersama yang boleh menjana kewangan dan pelaburan. Jelaskan kepada rakyat sama ada apa yang berlaku ialah disebabkan susut nilai pelaburan atau kerana pecah amanah. Jika pecah amanah, silalah kerajaan PH menyegerakan siasatan dan penghakiman. Jangan cabar pendeposit mengeluarkan simpanan mereka, bahkan sepatutnya galakkanlah mereka untuk terus melabur bukan hanya untuk menunaikan haji tetapi sebagai sokongan kepada institusi pelaburan terbesar umat Islam. Berikan kenyataan yang meredakan dan meyakinkan pelabur, bukannya kenyataan-kenyataan negatif menimbulkan keraguan. CEO perlu berhemah apabila membuat kenyataan. Menteri sila beri panduan!
Dr Khairuddin Takiri
Kata CEO, “Namun, subsidi untuk tahun-tahun berikutnya akan dibincangkan dengan kerajaan sama ada jumlahnya akan dikurangkan atau tidak berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat”.
https://m.malaysiakini.com/news/471211
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2465687140107968&id=569086473101387