Oleh: Wan Nur Aziezan Baharudin
Bandar Tun Hussein Onn, 7 April 2019 – Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 35, PAS Kawasan Serdang telah memilih 10 ahli cawangan untuk menerima Anugerah Tokoh Istiqomah.
Mereka merupakan ahli PAS yang masih aktif menyumbang bakti membantu perjuangan Islam walaupun usia mereka mencapai 60 tahun.
Mereka juga Istiqomah dengan kerja-kerja PAS semenjak 20 tahun lepas malah pernah memegang jawatan di peringkat Kawasan/Cawangan.
Semangat dan pengorbanan mereka sangat memberi kesan pada semua ahli muktamar terutama anak muda yang hadir pada hari ini untuk terus mara membantu perjuangan Islam dan tetap bersama kepimpinan PAS bagi menegakkan Islam di negara ini