Home Berita PAS Selangor

5 Resolusi PAS Serdang dari 10 Arahan Presiden

1254
SHARE

Oleh : Wan Nur Aziezan Baharudin

Bandar Tun Hussein Onn, 7 April 2019 – Ucaptama
Yang DiPertua PAS Kawasan Serdang Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah dalam
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang 2019 telah menyampaikan 5 resolusi yang dibuat semasa Retreat PAS Kawasan untuk perhatian semua ahli muktamar yang hadir di Dewan Seri Kasih hari ini.

Resolusi pertama adalah memantapkan urusan tarbiyah kerana ia mampu menguatkan ahli untuk terus istiqamah dan mengelakkan daripada rebah dan gugur.

“Rebahnya ahli daripada perjuangan parti akibat mengambil ringan urusan tarbiyah. Sering mencari alasan untuk mengelak daripada jadual tarbiyah dengan pelbagai alasan yang diulang-ulang. Menjadikan seseorang ahli lebih percaya kepada maklumat luar berbanding maklumat parti sendiri.

“Bagi tujuan memantapkan urusan tarbiyah, setiap ahli, Cawangan dan Dewan-Dewan hendaklah mematuhi cadangan-cadangan yang dianjurkan. Antara lain adalah pelaporan kekerapan usrah cawangan dan Dewan-Dewan, kehadiran usrah dan liqa’, penyelarasan silibus dan penentuan naqib. Tugasan ini dikawal selia oleh Lajnah Tarbiyah Kawasan.”Ujar Ustaz Shafie

Resolusi kedua menurut YDP Kawasan pula adalah memperkemas organisasi yang dikawal oleh Lajnah Pengurusan Organisasi Kawasan melalui aktiviti pemutihan ahli, pengemaskinian cawangan, penaziran dan sebagainya.

Resolusi ketiga pula adalah menyemarak kebajikan dan khidmat masyarakat melalui penubuhan pusat khidmat dan merancang aktiviti kebajikan secara berterusan.

“Setiap ahli di cawangan dan di dalam Dewan-Dewan perlu terlibat secara aktif apabila sesebuah pusat khidmat ditubuhkan, dan hendaklah sedaya upaya memberi masa untuk tujuan berkenaan. Tugasan ini dikawal selia oleh Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan.”

Seterusnya adalah memperkukuh dana supaya aktiviti parti dan agenda kebajikan dapat diaktifkan disamping memperkasa potfolio penerangan.

” Bagi maksud memperkukuhkan dana, setiap cawangan dan Dewan-Dewan akan menerima panduan-panduan mengaktifkan aktiviti penambahan dana, sasaran dan apa-apa kolaborasi berkaitan untuk diusahakan. Tugasan ini dikawal selia oleh lanjah Ekonomi dan Dana Kawasan.”

Resolusi terakhir adalah memperkasa penerangan dan media baru dimana setiap cawangan dan dewan-dewan perlu menjadi rakan kongsi bagi aktiviti penerangan. Idea, cadangan, kritikan dan penambah baikan akan berjalan serentak dengan tugasan potfolio ini. Matlamatnya adalah untuk memberi penerangan seluas mungkin dan menangkis serangan secepat mungkin.

Akhir sekali, YDP PAS Kawasan Serdang ini juga turut menyarankan agar setiap ahli memasyarakatkan PASTI dan Amal.

“Bagi memenuhi hasrat ini saya suka menyarankan supaya semua ahli parti dari kalangan muslimin hendaklah menjadi ahli Amal Kawasan, tidak kira berapapun usia anda, tidak kira bagaimanapun kudrat anda.”