Sebelum PRU-14, banyak diperkatakan tentang penyatuan melayu/Islam yang melibatkan parti-parti dominan orang melayu termasuk PAS dan UMNO.
Namun ia menjadi amat sukar kerana pertembungan politik dan dasar perjuangan masing-masing ketika itu.
Namun pasca PRU-14 keadaan telah berubah apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan dengan dokongan majoriti ahli-ahli Parlimen bukan Islam.
Selepas sepuluh bulan memerintah, PH terbukti gagal mengurus isu-isu yg berkaitan dengan hak-hak orang melayu dan institusi Islam.
Malah banyak jawatan2 penting dan utama yang secara tradisinya dipegang oleh orang2 Islam sebelum PRU-14 telah berpindah tangan kepada orang2 bukan Islam.
Sudah tentu ini mencetuskan rasa bimbang dan hilang kepercayaan kepada pemimpin2 politik melayu dalam kerajaan PH.
Suasana tidak menentu ini telah mencetuskan gelombang kebangkitan orang2 melayu/Islam untuk menolak kerajaan PH!
Kajian terkini mendapati hampir 91% melayu/Islam luar bandar, dan 82% melayu/Islam bandar melihat kerajaan PH adalah kerajaan yang gagal dan perlu ditumbangkan dalam PRU akan datang.
Kerajaan PH ketika ini mendapat sokongan padu hampir 93% masyarakat bukan Islam kerana kebanyakan tuntutan-tuntutan mereka sebelum PRU-14 telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan PH (yang didominasi oleh DAP)
Dalam konteks ini, orang-orang melayu/Islam melihat pilihan yang ada hanyalah kerjasama PAS dan UMNO (yang kedua-duanya pembangkang) mempunyai potensi dan menjadi pilihan terbaik untuk menumbangkan PH dalam PRU-15 nanti!
Secara matematik, jika kerjasama PAS dan UMNO mendapat minimum 84% undi melayu/Islam, gabungan ini mampu menawan sekurang-kurangnya 114 kerusi Parlimen di Semenanjung (tidak termasuk Sabah & Sarawak).
Inilah yang amat ditakuti dan digeruni oleh DAP dan sekutu-sekutunya.
Ini juga yang membawa kepada kenyataan demi kenyataan pemimpin2 melayu PH terutamanya dari PAN yang cuba sedaya upaya untuk menggagalkan kerjasama PAS dan UMNO ini.
Pemimpin-pemimpin melayu PH sebenarnya sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh DAP namun mereka tidak punya banyak pilihan dek jawatan dan kuasa yang sedang mereka nikmati.
Jadi mereka terpaksa mengulang-ulang dan mengungkit-ungkit apa jua perbezaan PAS dan UMNO dimasa lampau dengan harapan agar kerjasama tersebut dapat dipecahkan.
Mereka lupa hakikat bahawa kini, sesama mereka sendiri terdapat dua golongan dengan dimensi pemikiran yang amat berbeza iaitu diantara golongan yang menuduh bakal PM adalah seorang peliwat dan segolongan lagi menuduh PM sekarang adalah pemfitnah besar!
Berbalik kepada hubungan PAS vs UMNO, kerjasama yang terjalin ini adalah manifestasi kepada gelombang kebangkitan ummah diserata pelosok Malaysia khususnya di Semenanjung.
Walaupun ada dikalangan pemimpin-pemimpin tertentu baik dalam PAS mahupun UMNO yang kurang selesa dengan kerjasama ini (atas faktor-faktor tertentu), mereka tidak dapat menolak gelombang kebangkitan ini.
Mudhorat kerajaan PH terlalu besar, justeru bekerjasama untuk menumbangkan PH adalah satu kewajipan dan keperluan utama masakini.
Kegagalan PAS dan UMNO untuk menguruskan gelombang kebangkitan ini dikhuatiri boleh membawa kesan kepada krisis identiti dalam masyarakat islam seluruhnya.
Justeru PAS dan UMNO tidak punya banyak pilihan melainkan perlu pastikan kerjasama untuk pertembungan satu lawan satu menentang PH dalam PRU-15 nanti.
Keutamaan sekarang adalah usaha untuk menumbangkan PH disemua kerusi Parlimen majoriti melayu/Islam.
Selepas itu, maka barulah dicari satu formula bagaimana perkongsian kuasa dapat diwujudkan dengan adil dan sebaiknya.
Dan semestinya ‘bargaining power’ yang ada pada kedua2 pihak itu nanti menjadi naratif utama kearah cita2 untuk melihat Islam Memimpin, insyaAllah.
Dan yang pastinya, selepas itu orang-orang bukan melayu/Islam akan secara sendirinya beransur-ansur kembali menyokong kerajaan ketika itu untuk kestabilan politik, ekonomi dan sebagainya.
Bukhori Ghazali
Pengerusi
Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB)
Pulau Pinang