TAKZIAH BUAT SEMUA YANG TERKORBAN : CHRISTCHURCH BERMANDI DARAH
1. Mewakili wanita dan muslimah Terengganu, saya mengutuk keras insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch, New Zealand hari ini yang mengorbankan ramai umat Islam yang sedang bersedia menunaikan solat Jumaat ketika itu.
2. Apakah sudah tiada nilai kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia sehingga sanggup membunuh orang yang tidak berdosa. Perbuatan yang melampaui batas ini sewajarnya diberikan hukuman yang setimpal oleh pihak yang berkuasa.
3. Umat Islam sering sahaja menjadi mangsa keganasan walaupun mereka tidak pernah menyentuh atau membuat perkara yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Begitulah jahatnya kesan islamophobia yang dirancang oleh Barat untuk memburukkan Islam di mata dunia.
4. Firman Allah SWT : Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Ali Imran: 170)
5. Saya mendoakan mereka yang gugur dalam insiden ini dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah SWT. Takziah buat semua mangsa yang terlibat. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
6. Saya juga ingin menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius dan berterusan ke atas episod pembantaian yang dilakukan kepada umat Islam ini.
7. Saya mengharapkan rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Doa merupakan senjata dan hanya kepada Allah SWT kita berserah. Semoga Islam terus terpelihara dan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa. Hanya Allah sebaik-baik tempat pergantungan.
“Islam Membawa Kesejahteraan”
YB Zuraida Md Noor
Adun Wanita Terengganu
TAKZIAH BUAT SEMUA YANG TERKORBAN : CHRISTCHURCH BERMANDI DARAH1. Mewakili wanita dan muslimah Terengganu, saya…
Posted by Zuraida Md Noor on Friday, March 15, 2019