Home Berita PAS Terengganu

Solat Hajat Mohon Keselamatan Rakyat Pasir Gudang

1148
SHARE

Solat Hajat Mohon Keselamatan Rakyat Pasir Gudang

Semalam saya telah mencadangkan perisytiharan darurat di Pasir Gudang dengan mengosongkan kawasan bagi mengelakkan lebih ramai terdedah kepada pencemaran toksik.

Hari ini MP Pasir Gudang dari Pakatan Harapan pula membawa usul tergempar perisytiharan darurat dan dibahas oleh beberapa ahli parlimen.

Malangnya kerajaan menerusi jawapan menteri-menteri pada jam 5.30 ptg tadi sepakat menolak usul itu dengan alasan tindakan yang diambil sekarang sudah semacam darurat.

Terpulanglah kepada mereka kerana mereka yang menjadi kerajaan dan berkuasa menilai keadaan. Setakat ini lebih 900 orang telah terkesan dengan pencemaran ini dan 111 buah sekolah telah diarahkan tutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Usaha-usaha pembersihan toksik sedang dijalankan. Kita berdoa agar rakyat di Pasir Gudang diberikan keselamatan segera oleh Allah dan keadaan kembali pulih secepat mungkin.

Saya mengajak rakyat muslim khususnya melakukan solat hajat agar rakyat Pasir Gudang diberikan keselamatan.

https://m.malaysiakini.com/news/467908

https://m.malaysiakini.com/news/467859

https://m.malaysiakini.com/news/467833

Solat Hajat Mohon Keselamatan Rakyat Pasir GudangSemalam saya telah mencadangkan perisytiharan darurat di Pasir Gudang…

Posted by Ust Dr. Khairuddin at-Takiri on Thursday, March 14, 2019