Home Berita PAS Johor

Pencemaran Udara : Pusat Operasi Kini Dibuka

3477
SHARE

Pencemaran Udara : Pusat Operasi Bencana Dibuka

Oleh : Pena Tebrau

Pasir Gudang, 13 Mac – Jabatan Amal dari dua kawasan terlibat iaitu Tebrau dan Pasir Gudang telah membuka Pusat Operasi Bencana di PASTI Al-Irfan 1, Taman Pasir Putih.

Berikutan insiden pencemaran udara yang berpunca dari pembuangan sisa toksid oleh pihak tidak bertanggungjawab, pasukan operasi telah dibentuk diketuai oleh Unit Medik Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor, Muhammad Sulaiman Samat.

Pasukan yang terdiri daripada 28 anggota dan dibahagikan kepada 3 pos kawalan tambahan iaitu (i)PASTI Al-Irfan 2, Jalan Bacang; (ii)PASTI Al-Irfan 3, Kg Pasir Putih; (iii)PASTI Al-Irfan 4, Jalan Nenas dan menjadikan PASTI Al-Irfan 1, Taman Pasir Putih sebagai Bilik Operasi Bencana utama.

Tugasan membabitkan kawalan lalu-lintas keluar masuk kenderaan ke pusat rawatan saringan di Dewan Taman Pasir Putih, bantuan pengangkutan ke pusat saringan terutama bagi golongan asnaf dan OKU. Bilik Operasi bermula dari jam 12.00 malam hingga 4.00 pagi.

Unit rondaan juga dibentuk bagi memantau keadaan semasa di sekitar kawasan tercemar. Dapatan maklumat dari unit rondaan, mendapati keadaan mula bertambah teruk dengan bau kurang menyenangkan yang semakin kuat.

“Kami mengharapkan penduduk setempat agar mematuhi arahan yang dikeluarkan dan tidak membuat sebarang spekulasi demi mengelak keadaan menjadi lebih sukar”, kata Muhammad Sulaiman Samat mengakhiri taklimat pembahagian tugasan.