Home Berita PAS Terengganu

Jangan Biarkan Keberanian Melampau Gugat Fitrah Manusia

1134
SHARE

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Negeri Terengganu.

Jangan Biarkan Keberanian Melampau Gugat Fitrah Manusia

Pada zaman jahiliyyah, anak perempuan
dibunuh kejam dan kaum wanita direndahkan
martabatnya.

Hadirnya Islam telah mengangkat martabat mereka, memberi hak perwarisan harta pusaka dan mengiktiraf peranan mereka dalam masyarakat. Bahkan Allah mendatangkan Surah An-Nisa’ sebagai tanda perhatian Allah kepada kaum wanita.

Prinsip agama perlu dipandu secara jelas mengikut Al-Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W dan fatwa para ulama’ yang muktabar dalam usaha menyedarkan golongan LGBT bahkan cara menyantuni juga perlu diperincikan secara bijaksana supaya ia tidak dilihat seolah-olah mengiktiraf pelbagai tuntutan mereka.

Insiden yang melibatkan perhimpunan penyokong-penyokong LGBT di Kuala Lumpur ketika Hari Wanita Sedunia, 08 Mac 2019 tidak wajar berlaku. Ianya bukan sahaja mengusik sensitiviti umat Islam bahkan bercanggah dengan fitrah manusia.

Kami melihat kerajaan yang ada pada hari ini tidak tegas dan terlalu memberi muka kepada golongan yang menganggu gugat sensitiviti umat Islam atas alasan kebebasan bersuara.

Dengan peningkatan golongan gay seramai 310,000 berbanding hanya 173,000 pada lima tahun lepas, begitu juga dengan peningkatan setara golongan transgender yang kini berjumlah 30,000 berbanding 10,000 pada tahun 1998, ianya amat menuntut tindakan serius diambil oleh pihak berkuasa negara.

Tambahan lagi akibat amalan seks songsang ini menjadi punca kepada bertambahnya kadar penghidap HIV iaitu 14 kali ganda berbanding dengan perkongsian jarum suntikan kes dadah. Oleh itu, sewajarnya kegiatan yang bertentangan denga naluri fitrah manusia ini, kerajaan mengambil satu pendekatan yang bersungguh-sungguh menangani gejala ini.

Justeru itu, DMPNT mendesak agar Kerajaan Malaysia bertindak segera bagi memastikan keberanian melampau golongan sebegini tidak berulang lagi. Kembalilah ke pangkal jalan dan takutilah azab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

#KamiTOLAKLGBT

Hajah Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
11 Mac 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2091973540909850&id=119693828137841