HIMPUNAN AMAN BANTAH PENGHINAAN KEPADA RASULULLAH SAW.
Umat Islam di negara ini semakin hari semakin dicabar dengan pelbagai penghinaan terhadap Islam dan penghinaan serta tohmahan jahat terhadap baginda Rasulullah S.A.W.
DMPNT menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas dalam menangani isu tersebut demi menjaga kesucian Islam dan sensitiviti penganutnya serta menjaga keharmonian dan keamanan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Amat menyedihkan apabila orang yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina Nabi Muhammad S.A.W begitu mudah dibebaskan oleh pihak berkuasa.
Sebagai umat Islam kita wajib bersatu, bangkit mempertahankan Rasulullah SAW daripada segala tohmahan dan penghinaan yang dilakukan oleh musuh2 Islam.
Firman Allah di dalam Surah Al Imran ayat 31 – 32 yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dan katakanlah (Wahai Muhammad), “Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
Buktikan cinta dan kasih kita kepada Islam dan Rasulullah S.A.W dengan kita hadir beramai-ramai berhimpun Membantah Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W pada hari jumaat, 1 Mac 2019 serentak di masjid seluruh negara.
“Jika kamu diam saat agamamu dihina, maka gantilah bajumu dengan kain kafan”-Buya Hamka.
Islam Memimpin.
Puan Hajah Zarani Othman,
Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu.